Sunday, July 12, 2009

BAKAL PENDIDIK DAN FAHAMI KONSEP SIASAH ISLAM

Pandang alam segelintir puak yang didoktrin oleh faham nasionalis perkauman sempit sering memburukkan pandangan politik Islam. Doktrin-doktrin mereka menerusi BTN kerap juga dikaitkan dengan kegilaan kuasa para tokoh politik Islam negara. Hal ini tidaklah benar jika kita celik dan faham tentang apa itu politik dalam Islam.

Islam tidak pernah mengasingkan politik dari kehidupan, tiada satu bendapun terasing dari kehidupan individu Islam baik makan, minum, tidur, belajar, bermain bola, berchatting dan sebagainya, semuanya adalah Islam sekiranya niat dan perlaksanaannya baik dan tidak bercanggah dengan hukum Islam. Hendak mengetahui bagaimana ianya bercanggah memerlukan ilmu.

Begitu juga politik! Untuk membezakan yang mana politik berteraskan Islam dan politik nasionalis perkauman sempit juga memerlukan ilmu!

Maksud Ilmu Siasah

Siasah dalam bahasa Arab berasal dari perkataan 'saasa' , kata nama pelakunya 'saais' dan kata nama terbitannya ialah 'siasah' yang bermakna penjagaan. (Fiqh Siasah, Dr Abdul Qadir Abu Faris).

Ahli siasah (politik) ialah orang yang menjaga urusan umat , memahaminya dengan faham yang mendalam dan menyelesaikannya dengan pemikiran dan pandangan yang betul dan adil.

Ahli siasah Islam ialah :

"Orang Islam yang komitmen dengan Islam yang menyelesaikan urusan umat dari sudut pandangan Islam dan hukum syara'.


Bentuk Siasah (Politik) Islam

Dinamakan siasah syarak bermaksud memimpin keseluruhan manusian menurut kehendak pandangan sayriah dan khilafah yang bertindak memlihara agama dan menguruskan dunia dengannya.

Bentuk Siasah Bukan Islam

Siasah ciptaan manusia iaitu siasah yang memimpin manusia menurut kehendak pandangan manusia yang diterjemahkan kepada perlembagaan-perlembagaan ciptaan manusia yang menggantiikan syariat Islam dan bertentangan dengannya. Siasah yang melawan Islam atau siasah tiada agama adalah 'siasah jahiliyyah'.

(Fiqh Siasah, Dr Abdul Qadir Abu Faris).

PENDIDIKAN POLITIK BAKAL PENDIDIK

Pendidikan politik perlu diaplikasikan ke dalam lembaga pendidikan individu bakal guru. Ianya bukan dalam bentuk propaganda politik praktis yang akan mengarah kepada proses pembusukan intelektual, mematikan intelektual pelajar tetapi ianya adalah pendidikan politik yang sehat dan mencerahkan.

Para siswa baka guru perlu diajak untuk memahami persoalan-persoalan kebangsaan melalui proses pembelajaran yang dialogis dan interaktif. Pendidikan politik juga tidak semestinya dijadikan sebagai materi pelajaran tersendiri. Berhasil sekiranya universiti menanamkan nilai-nilai kearifan politik dan mencerahkan keadilan demokrasi kampus UPSI baik dalam PRK atau ke dalam ranah pemikiran siswa UPSI, dan ianya sudah merupakan sukses tersendiri bagi sebuah lembaga pendidikan seperti universiti.

Melalui penanaman nilai kearifan politik bakal guru ini, semacam itu diharapkan kelak mereka mampu menjadi pemain-pemain pendidikan yang cerdas dan elegan disekolah masing-masing sehingga tidak mudah melakukan tindakan-tindakan tidak bertanggungjawab yang boleh merugikan agama, bangsa dan negara.

Sudah saatnya dunia pendidikan kita mengakomodasi berbagai persoalan yang langsung bersentuhan dengan hajat hidup masyarakat. Jangan sampai, dunia pendidikan kita berdiri di puncak menara gading kehidupan yang akan mengasingkan anak-anak masa depan negeara ini dari berbagai persoalan sosial yang merosakkan, dihadapi agama, bangsa dan negaranya.

Dengan kata lain, nilai-nilai kearifan dan kesantunan politik bakal guru perlu segera disentuh dan diaplikasikan serta di buka ruang demokrasi kepada pelajar kerana mereka akan ke dalam dunia pendidikan yang disajikan secara integratif ke dalam berbagai mata pelajaran yang relevan.

MAHASISWA UPSI DAN FAHAM SIASAH

Laporan dari pelbagai blog sedikit sebanyak menunjukkan wujud kesedaran politik dalam kalangan mahasiswa UPSI. Tetapi dikatakan golongan ini hanya segelintir dan hanya menjadi golongan minoriti. Mereka ini dikatakan sensitif terhadap isu pelajar, isu sosial, moral dan agama ,isu politik negara dan dunia serta isu-is ekonomi.



Tetapi sayangnya ada dalam kalangan mereka ini kurang memahami konteks politik berdasarkan dimensi yang luas mencakupi salah satu daripada bahagian kehidupan. Ramainya ahli politik kampus yang wujud sekarang ini hanya menjadi politikus kampus yang dicucuk hidungnya oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan lantas mereka tidak ada satu idea sendiri dan konstruktif kepada universiti dan tenggelam dalam syok sendiri.

Lihat saja saudara Presiden MPPUPSI berhujah dalam SUARA SISWA TV 1 baru-baru ini dalam tajuk Politik Kampus. Hujahnya langsung menggunakan logik dan tidak based on political knowledge, berkata-kata berasaskan andaian semata-mata. Sebenarnya politik mahasiswa harus berasaskan kefahaman politik yang jelas.


Langsung dari laman ini, penganalisis akan menghuraikan isu politik UPSI berdasarkan kefahaman keilmuan dan keadilan bukannya andaian dan sentimen sempit sama ada dari pihak yang dikatakan pro-aspirasi mahu pun pro-mahasiswa. Pembaca boleh menilai kearah mana sebenarnya tujuan politik yang benar. Kita berbincang, berdiskusi untuk mengeluarkan kebenaran dan pengurus laman ini bersedia membincangkan bersama tentang dunia siasah kampus.