Sunday, July 12, 2009

BAKAL PENDIDIK DAN FAHAMI KONSEP SIASAH ISLAM

Pandang alam segelintir puak yang didoktrin oleh faham nasionalis perkauman sempit sering memburukkan pandangan politik Islam. Doktrin-doktrin mereka menerusi BTN kerap juga dikaitkan dengan kegilaan kuasa para tokoh politik Islam negara. Hal ini tidaklah benar jika kita celik dan faham tentang apa itu politik dalam Islam.

Islam tidak pernah mengasingkan politik dari kehidupan, tiada satu bendapun terasing dari kehidupan individu Islam baik makan, minum, tidur, belajar, bermain bola, berchatting dan sebagainya, semuanya adalah Islam sekiranya niat dan perlaksanaannya baik dan tidak bercanggah dengan hukum Islam. Hendak mengetahui bagaimana ianya bercanggah memerlukan ilmu.

Begitu juga politik! Untuk membezakan yang mana politik berteraskan Islam dan politik nasionalis perkauman sempit juga memerlukan ilmu!

Maksud Ilmu Siasah

Siasah dalam bahasa Arab berasal dari perkataan 'saasa' , kata nama pelakunya 'saais' dan kata nama terbitannya ialah 'siasah' yang bermakna penjagaan. (Fiqh Siasah, Dr Abdul Qadir Abu Faris).

Ahli siasah (politik) ialah orang yang menjaga urusan umat , memahaminya dengan faham yang mendalam dan menyelesaikannya dengan pemikiran dan pandangan yang betul dan adil.

Ahli siasah Islam ialah :

"Orang Islam yang komitmen dengan Islam yang menyelesaikan urusan umat dari sudut pandangan Islam dan hukum syara'.


Bentuk Siasah (Politik) Islam

Dinamakan siasah syarak bermaksud memimpin keseluruhan manusian menurut kehendak pandangan sayriah dan khilafah yang bertindak memlihara agama dan menguruskan dunia dengannya.

Bentuk Siasah Bukan Islam

Siasah ciptaan manusia iaitu siasah yang memimpin manusia menurut kehendak pandangan manusia yang diterjemahkan kepada perlembagaan-perlembagaan ciptaan manusia yang menggantiikan syariat Islam dan bertentangan dengannya. Siasah yang melawan Islam atau siasah tiada agama adalah 'siasah jahiliyyah'.

(Fiqh Siasah, Dr Abdul Qadir Abu Faris).

1 comment:

  1. blog yg menarik. terus kekal memberi. fokus pada hadaf(matlamat) asal blog ini, banyak input siasah yg perlu diteroka oleh kita semua..Terus berusaha. mambruk atas pembinaan blog ini

    ReplyDelete