Sunday, July 12, 2009

MAHASISWA UPSI DAN FAHAM SIASAH

Laporan dari pelbagai blog sedikit sebanyak menunjukkan wujud kesedaran politik dalam kalangan mahasiswa UPSI. Tetapi dikatakan golongan ini hanya segelintir dan hanya menjadi golongan minoriti. Mereka ini dikatakan sensitif terhadap isu pelajar, isu sosial, moral dan agama ,isu politik negara dan dunia serta isu-is ekonomi.



Tetapi sayangnya ada dalam kalangan mereka ini kurang memahami konteks politik berdasarkan dimensi yang luas mencakupi salah satu daripada bahagian kehidupan. Ramainya ahli politik kampus yang wujud sekarang ini hanya menjadi politikus kampus yang dicucuk hidungnya oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan lantas mereka tidak ada satu idea sendiri dan konstruktif kepada universiti dan tenggelam dalam syok sendiri.

Lihat saja saudara Presiden MPPUPSI berhujah dalam SUARA SISWA TV 1 baru-baru ini dalam tajuk Politik Kampus. Hujahnya langsung menggunakan logik dan tidak based on political knowledge, berkata-kata berasaskan andaian semata-mata. Sebenarnya politik mahasiswa harus berasaskan kefahaman politik yang jelas.


Langsung dari laman ini, penganalisis akan menghuraikan isu politik UPSI berdasarkan kefahaman keilmuan dan keadilan bukannya andaian dan sentimen sempit sama ada dari pihak yang dikatakan pro-aspirasi mahu pun pro-mahasiswa. Pembaca boleh menilai kearah mana sebenarnya tujuan politik yang benar. Kita berbincang, berdiskusi untuk mengeluarkan kebenaran dan pengurus laman ini bersedia membincangkan bersama tentang dunia siasah kampus.

No comments:

Post a Comment